Sep 25, 2011

Khidmat Negara

PENGENALAN KEPADA JLKN

Jabatan Latihan Khidmat Negara merupakan jabatan yang ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau serta menilai Program Latihan Khidmat Negara sejajar dengan keputusan Kabinet dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang diberi kuasa kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk mengendali Program Latihan kepada setiap remaja yang berumur 18 tahun. Jabatan ini beroperasi pada 15 Oktober 2003.

LATAR BELAKANG

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Khidmat Negara. Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004. Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mengcukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

FUNGSI JLKN

* Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.
* Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara .
* Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.
* Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.
* Merangka system maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.
* Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.
* Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.
* Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.
* Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
* Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.
* Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan kearah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.


JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
TEL: 03-26873400
FAKS: 03-26873434

No comments:

Post a Comment